0
  • An empty cart

    You have no item in your shopping cart

Enter your keyword

post

3 Tips Buat Anak Suka Belajar

3 Tips Buat Anak Suka Belajar

3 TIPS BUAT ANAK SUKA BELAJAR

1. Belikan Alatulis yang comel

Kalau boleh, beli alat tulis yang ada kartun kesayangan mereka. macam frozen ke, boboiboy ke. Lepas tu, terus terang pada anak, alat tulis boleh dibeli tetapi ilmu perlu dicari. Ajar dari kecil supaya anak makin faham (bila meningkat besar).

2. Sentiasa beri galakan dan sabar

Kita mak-mak ni jangan cepat melenting kalau anak lambat nak pikap. Sabar. Semua orang ada had. Jangan sebut perkataan yang tak elok seperti “ala.. kan mama dah ulang banyak kali?” atau “kenapa tak faham-faham lagi?dengar ke tidak?”

Kata – kata sebegini buat anak fed up dan mencari beribu alasan untuk tak nak belajar.

Seelok-eloknya, puji mereka sekiranya mereka betul dan denda secara fun sekiranya salah seperti ketuk ketampi sambil menyanyi.

Ketuk Ketampi sambil menyanyi boleh buat anak hilang tension (sebab tak dapat jawab) tau 😁😁

3. Kreatif semasa mengajar

Janganlah sua anak berjam-jam dengan buku yang sama. Kita yang dewasa ni pun,
kalau baca lepas 45minit, memang dah tak fokus.

Cuba kaitkan dengan persekitaran atau sekali sekala tanya watak kartun kesukaan. Cuba suruh mereka menulis atau melukis nama kartun. contohnya: lukis makanan kesukaan upin ipin. Gerenti diorang boleh jawab punya!

Perkongsian dari fb Puan Haslina Nor

No Comments

Add your review

Your email address will not be published.