0
  • An empty cart

    You have no item in your shopping cart

Enter your keyword

Syarat & Peraturan

SYARAT & PERATURAN

IBUBAPA / PENJAGA

1. Bayaran pendaftaran RM50.00 akan dikenakan ke atas setiap pelajar yang mendaftar buat pertama kali di Pusat Tuisyen Tatapan Minda.

2. Yuran bulanan hendaklah dijelaskan sebelum 7 haribulan pada setiap bulan. Pihak pengurusan Pusat Tuisyen Tatapan Minda berhak menamatkan pembelajaran pelajar berkenaan sekiranya yuran bulanan pelajar gagal dijelaskan untuk tempoh dua (2) bulan berturut-turut.

3. Sekiranya pelajar tidak hadir ke kelas atas alasan sakit atau lain-lain sebab, pelajar akan dianggap tidak hadir pada hari yang berkenaan. Yuran bulanan masih perlu dijelaskan sepenuhnya .Bagi pelajar yang tidak hadir lebih dari tiga (3) bulan berturut-turut , bayaran pendaftaran perlu dibuat semula sekiranya pelajar tersebut ingin menyambung semula pembelajaran.

4. Pusat TuisyenTatapan Minda akan ditutup pada setiap cuti umum dan tiada kelas gantian atau rebet akan dibuat sekiranya ada jadual yang jatuh pada hari cuti umum tersebut.

5. Ibubapa/ penjaga perlu memastikan pelajar hadir ke Pusat Tuisyen Tatapan Minda mengikut jadual tuisyen yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan (jika ada) akan dimaklumkan secara bertulis atau melalui panggilan telefon.

6. Untuk keselamatan pelajar, pihak pengurusan Pusat Tuisyen Tatapan Minda berhak untuk tidak melepaskan pelajar pulang sekiranya terdapat keraguan tentang orang yang menjemput pelajar berkenaan. Oleh itu, ibubapa/penjaga perlulah memaklumkan kepada Pusat Tuisyen Tatapan Minda sekiranya ibubapa/penjaga menghantar wakil mereka untuk menjemput anak mereka.

7. Ibubapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak Pusat Tuisyen Tatapan Minda dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat atau nombor telefon untuk memudahkan perhubungan.

PELAJAR

Pelajar perlu sentiasa mematuhi syarat-syarat berikut :

1. Sentiasa berpakaian kemas semasa hadir ke kelas.

2. Perlu hadir sekurang-kurangnya lima (5) minit sebelum kelas bermula.

3. Membawa alat tulis, buku, nota dan kelengkapan lain dengan secukupnya.

4. Dilarang sama sekali berlari, bermain dan membuat bising di dalam pusat tuisyen.

5. Tidak makan dan minum di dalam pusat tuisyen

6. Tidak memakai barangan perhiasan yang berlebihan.

7. Penggunaan telefon bimbit didalam pusat tuisyen adalah dilarang sama sekali.