Kenali Pelajar

Ramai yang bertanya bagaimana saya tackle hati pelajar saya terutamanya pelajar yang dicop sebagai degil atau bermasaalah di sekolah.

Biasanya pendekatan awal yang saya laukan ialah sebelum kelas pertama bermula saya akan ada sesi berkenalan terlebih dahulu dengan pelajar saya. Sangat penting kita sebagai tutor untuk mengenali pelajar kita dengan banyakkan berkomunikasi.

Selalunya perbualan saya berkisarkan kisah-kisah harian dan juga rakan-rakan mereka. Selain itu saya juga akan mengambil tahu apa yang disukai oleh pelajar saya seperti ada pelajar yang suka judo , ada yang suka seni dan ada yang suka makan-makan.

Seterusnya saya akan menghidupkan suasana belajar secara secara santai seperti sekali-sekala saya akan belanja pelajar-pelajar saya makan (kena ada budget lah sikit) namun cara begini amat berkesan kerana perut yang kenyang membuat hati pelajar saya akan gembira.

Selain itu setiap pelajar perlu diberikan perhatian yang berbeza kerana tahap pemahaman pelajar berbeza. Pelajar yang cekap saya hanya perlu membimbing dan membuat sedikit touch up bagi apa yang mereka lakukan.

Manakala bagi pelajar yang agak lemah saya akan pastikan untuk membuat latihan berulang bersama mereka.

Leave a Reply