No products in the cart.
Teknik Pengurusan Masa Untuk itu Berkerjaya
Dilema bagi kebanyakkan ibu berkejaya ialah pembahagian masa antara diri, keluarga dan kerjaya. Tanpa pengurusa yang betul, ia mampu membebankan fizikal dan mencabar minda. Tanpa pengurusan masa yang sistematik, ia mampu membebankan fizikal dan mencabar minda. Ketahui teknik pengurusan masa berkesan bagi seorang ibu dan wanita berkejaya.
- Utamakan Diri – Apabila bergelar isteri dan ibu, anda kadang kala lupa tentang hak ke atas diri sendiri. Anda mengabaikan diri sendiri kerana terlalu menumpukan perhatian menguruskan rumah tangga dan kerjaya. Jika anda tidak mengutamakan diri dengan menjaga kesihatan mahupan kecantikan, anda mungkin tidak dapat mengurukan anak. Pastikan makanan yang disediakan sihta dan jangan lupa mengamalkan gaya hidup sihat.
- Tetapkan Jadual Kerja – Orang yang mengamalkan disiplin yang ketat biasanya berjaya dalam kehidupan. Jadi, untuk berjaya, buatlah jadual dan ingta. Jangan sesekali melanggarnya. Senaraikan dan susun mengikut keutamaan
- Fokus Pada Kerja – Bagi kebanyakkan orang pendapatan bulanan yang diperoleh datangnya daripada jawatan yang disandang sekarang. Jadi, anda perlu pandai menguruskan masa yang melibatkan kerja dan keluarga agar tidak kehilangan punca pendapatan.
- Kerja Pejabat Ditinggalkan – Kerja pejabat seharusnya diselesaikan di pejabat juga. Jika kerja-kerja yang tidak dapat diselesaikan di bawa pulang, pasti akan mengurangkan masa bersama keluarga kerana terlalu sibuk mahu menghabiskan kerja pejabat.
- Lupakan Rumah – Apabila berada di pejabat pula lupakan hal rumah untuk seketika. Dengan itu, anda dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk menghabiskan kerja di pejabat. Oleh itu, anda tidak perlu bersusah payah untuk membuat kerja pejabat di rumah.
- Masa Untuk Keluarga – Biar sesibuk mana pun anda, keluarga tetap keluarga. Jadi, peruntukkan waktu untuk dihabiskan bersama mereka. Namun, pastikan anda mengisi masa dengan aktiviti befaedah seperti meluangkan masa bersama anak-anak sebelum tidur dengan membacakan mereka teladan ataupun yang seumpama dengannya.
- Dapatkan Bantuan – Masa yang terhad sering membuatkan anda kelam kabut, Sesetengah hari waktu dihabiskan di pejabat, anda perlu meneruskan perjalanan hari di rumah pula. Anda tentu kepenatan sehingga kadang-kala mengabaikan urusan rumah tangga. Oleh it, anda boleh mendapatkan bantuan jika tidak berdaya. Minta bantuan suami mahupan anak-anak.
- Cuti-Cuti – Ketika cuti, habiskan masa yang ada untuk bercuti ! Untuk itu, lupakan soal kerja. Jika ada perancangan dan wang berlebihan, tidak salah rasanya jika anda sekeluarga bercuti dengan melancong. Tanpa anda sedari, percutian anda dapat merapatkan lagi hubungan sekeluarga.