Rutin seharian kita sebagai ibu bapa dan dalam masa yang sama terpaksa bekerja sentiasa berdepan dengan kesibukan, adakalanya membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut kadang kala boleh menimbulkan situasi yang tidak menyenangkan sama ada dengan pasangan mahu pun rakan sekerjanya.
- Tarik nafas dalam-dalam dan hembus keluar perlahan-lahan. Lakukan secara konsisten dan betul, ia mampu memberikan ketengan pada diri.
- Ambik wuduk. Berwuduk dapat menenangkan fikiran kerana air dapat mengembalikan kesegaran badan yang hilang.
- Menulis. Senaraikan apa masalah anda dan tuliskan satu per satu apa yang terbuku di hati.
- Rehat & tidur yang cukup. Pejamkan mata berehatlah sebentar atau keluar seketika untuk mengambil udara.
- Kemas ruang. Ambil inisiatif untuk mengemas ruang kerja atau rumah and dan anda pastikan akan mendapat tenaga yang baru.
- Beriadah, dalan kehidupan yang selalu sibuk, cuba luangkan sedikit masa untuk beriadah bersama keluarga atau bersendirian. Jiwa anda pasti akan menjadi lapang selepas aktiviti ini.
- Buang yang remeh-temeh. Asingka n perkara yang remeh-temeh kerana perkara ini yang banyak mempengaruhi produktiviti harian anda.
- Berkongsi masalah. Jangan simpan masalah anda carilah orang yang percayai untuk berbicara dan mendengar masalah anda.