Membentuk Peribadi Anak

Mengikut pendapat Islam, anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa pada peringkat usia lima hingga tujuh tahun. Pendidikan yang sesuai didedahkan pada peringkat ini ialah perkara-perkara mengenai ibadah dan akhlak.

  1. Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik – Anda hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya. Mereka mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibu bapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa kesat, kasar dan keras.
  2. Mengajar anak adab bergaul dengan rakan – Anak perlu dinasihatkan supaya tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain.
  3. Mengajar anak adab makan minum yang baik – Sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah. Sebaliknya, anak dilatih dulu dengan adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan selepas makan.
  4. Mengajar anak adab berpakaian – Pakaian yang dipilih hendakah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
  5. Mengajar anak adab  masuk dan keluar tandas – Anak perlu diajar cara membuang air kecil dan besar serta cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala dan membelakangkan kiblat.
  6. Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada ibu bapa – Timbulakn kesedaran bahawa pengorbanan ibu bapa terhadap mereka amat besar. Mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak masih mempunyai ibu bapa.

Leave a Reply