Selamat Datang Ke

Tatapan Minda Education

Tatapan Minda Education ialah sebuah institusi pendidikan yang telah membimbing pelajar sejak 2007, dengan hampir 20 tahun pengalaman dalam membantu anak-anak, remaja dan golongan profesional membina asas pembelajaran yang kukuh, meningkatkan prestasi akademik dan berkembang dengan lebih yakin.

Berpusat di Johor Bahru, kami menyediakan kelas tuisyen dan program pembelajaran berstruktur untuk pelajar pra, sekolah rendah, menengah dan golongan dewasa, dengan bimbingan daripada tutor yang berpengalaman dan berdedikasi. Melalui ilmu, bimbingan dan sokongan yang berterusan, kami berusaha mencungkil potensi setiap individu dan membimbing mereka ke arah kejayaan.​

Produk Kami

Program yang ditawarkan di Tatapan Minda merangkumi pelbagai peringkat umur dan keperluan pembelajaran. Daripada pelajar sekolah sehingga individu dewasa, kami menyediakan bimbingan dalam subjek akademik, kemahiran bahasa dalam berkomunikasi, intervensi pendidikan serta kelas bimbingan agama.

Kelas Tuisyen Berkumpulan

Kelas tuisyen berkumpul secara fizikal atau online untuk pelajar sekolah

Kelas Mahir Membaca

Kelas mengasah kemahiran membaca Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan tulisan Jawi

Kelas Intervensi

Kelas bertumpu kepada keperluan individu pelajar melalui bimbingan yang lebih dekat

Pantas SPM

Kelas berfokus untuk membantu calon persendirian SPM menjawab subjek teras

Kelas Bimbingan Agama

Bimbingan asas Iqra’, al-Quran dan Fardu Ain dalam suasana pembelajaran yang teratur

Pusat Bahasa

Kelas bahasa untuk individu mahir dan profesional menguasai bahasa asing