Sertai kelas tuisyen secara bersemuka di pusat tuisyen Tatapan Minda Education di EduCity, atau pilih pembelajaran secara dalam talian dari mana-mana sahaja di seluruh Malaysia.

 

Kelas tersedia untuk pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5, dengan bimbingan tutor berpengalaman bagi membantu pelajar memahami pelajaran, mengukuhkan asas akademik dan meningkatkan keyakinan dalam pembelajaran.

Kelas Secara Fizikal, Online atau Home Tuition. Pilihan Anda!

Kelas Tuisyen Fizikal

Pengalaman pembelajaran yang lebih terarah di Pusat Tatapan Minda, EduCity, Iskandar Puteri. Dengan persekitaran yang selesa dan kondusif, pelajar sekolah rendah dan menengah dapat belajar dengan lebih fokus, memahami pelajaran dengan lebih baik serta mendapatkan bimbingan guru untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.

Kelas Tuisyen Online

Jadikan pembelajaran lebih mudah dan fleksibel melalui kelas tuisyen online untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Anak-anak boleh mengikuti pembelajaran dari rumah tanpa perlu berulang-alik ke pusat tuisyen, sambil mendapatkan bimbingan untuk memahami subjek, mengukuhkan asas pembelajaran dan meningkatkan keyakinan diri.

After School Guidance

Selepas seharian di sekolah, anak-anak masih memerlukan bimbingan untuk memahami pelajaran dan menyiapkan tugasan. Melalui After School Programme di Pusat Tatapan Minda, tutor akan membimbing pelajar menyiapkan kerja sekolah, mengulang kaji pelajaran dan memberi perhatian khusus kepada subjek yang mereka kurang kuasai. Ibu bapa juga boleh berasa lebih tenang apabila anak-anak mendapat bimbingan pembelajaran dalam persekitaran yang teratur.

Home Tuition

Setiap anak mempunyai cara belajar dan tahap keyakinan yang berbeza. Melalui perkhidmatan Home Tuition, tutor akan datang terus ke rumah untuk memberikan bimbingan secara peribadi mengikut keperluan pelajar. Pendekatan ini sesuai untuk anak-anak yang pemalu, kurang selesa bertanya di dalam kelas atau memerlukan perhatian yang lebih khusus. Dengan suasana pembelajaran yang lebih dekat dan selesa, anak-anak dapat belajar mengikut rentak sendiri.

Galeri