Pendidikan Islam merupakan asas penting dalam membentuk kefahaman, amalan dan akhlak dalam kehidupan seharian. Penguasaan ilmu Islam sejak awal dapat membantu anak-anak mengenali agama dengan lebih dekat, memahami asas ibadah serta membina keyakinan untuk mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan.

Di Tatapan Minda Education, kami memahami bahawa setiap individu mempunyai tahap dan keperluan pembelajaran agama yang berbeza. Melalui Kelas Bimbingan Agama, kami menyediakan bimbingan dalam Iqra’, Al-Quran dan Fardu Ain dengan pendekatan yang mudah difahami, tersusun dan bersesuaian untuk kanak-kanak mahupun dewasa.

 

Sama ada ingin mempelajari asas membaca Al-Quran, memperbaiki bacaan, atau memahami perkara asas dalam Fardu Ain dan kehidupan sebagai seorang Muslim, pembelajaran dijalankan secara berperingkat dalam suasana yang selesa, mesra dan tidak memberi tekanan.

Pilihan Subjek Yang Ditawarkan

Kelas Iqra'

Membina asas membaca Al-Quran secara berperingkat melalui pengenalan huruf, sebutan dan bacaan Iqra’ yang betul.

Kelas Mengaji Al-Quran

Membimbing pelajar membaca Al-Quran dengan lebih lancar dan tepat, sambil memperbaiki sebutan, makhraj dan tajwid.

Kelas Fardhu Ain (KAFA)

Kelas KAFA membantu anak-anak mempelajari asas pendidikan Islam merangkumi Al-Quran, Fardu Ain, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi. Pembelajaran disusun bagi membina kefahaman dan penghayatan Islam dalam kehidupan seharian.

Kelas Persediaan UPKK

Kelas Persediaan UPKK memberi fokus kepada persediaan murid menghadapi peperiksaan UPKK melalui ulang kaji, latihan dan pengukuhan topik penting. Pelajar dibimbing untuk memahami setiap subjek serta lebih bersedia menjawab soalan peperiksaan.

Galeri