Bagi mereka yang tidak pernah menduduki SPM atau ingin memperbaiki keputusan, peluang untuk mendapatkan kelayakan ini boleh membuka lebih banyak pilihan pada masa hadapan.

 

Kelas Pantas SPM direka khas untuk calon persendirian yang ingin membuat persediaan SPM dengan lebih terarah dan yakin. Fokus diberikan kepada enam subjek teras SPM dengan bimbingan yang sistematik dan mengikut keperluan calon. Tatapan Minda turut membantu calon dalam urusan pendaftaran dan persediaan berkaitan SPM, supaya prosesnya lebih mudah dan teratur.

Kelas Yang Ditawarkan

Kelas Pantas SPM memberi fokus kepada persediaan intensif bagi membantu pelajar menguasai topik penting dan membuat persediaan rapi sebelum menduduki peperiksaan SPM.

Klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

Siapa yang sesuai mengambil kelas Pantas SPM?

Pelajar Home School

Pantas SPM menyediakan bimbingan akademik untuk membantu pelajar homeschool membuat persediaan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai calon persendirian. Program ini disesuaikan mengikut umur, tahap penguasaan dan keperluan pembelajaran setiap pelajar. Kebiasaannya, pelajar mula menyertai program ini sekitar usia 16 tahun dan hadir setiap hari seperti sekolah biasa untuk membina asas akademik yang kukuh sebelum menduduki peperiksaan SPM.

Pelajar Tahfiz

Mempunyai kelulusan SPM membantu pelajar tahfiz melanjutkan pelajaran ke universiti dan membuka lebih banyak peluang untuk masa hadapan. Selain mendalami ilmu agama dan menghafaz al-Quran, penguasaan akademik turut menjadi persediaan penting untuk meneroka pelbagai bidang pengajian tinggi. Melalui Program Pantas SPM, pelajar tahfiz mendapat bimbingan akademik yang berfokus untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM sebagai calon persendirian.

Pelajar SPM Ulangan

Sudah bekerja tetapi masih mempunyai satu subjek SPM yang gagal? Jangan risau, masih ada peluang untuk memperbaiki keputusan anda. Sama ada untuk memenuhi syarat kenaikan pangkat, melanjutkan pelajaran atau meningkatkan kelayakan akademik, keputusan SPM yang lebih baik boleh membantu membuka peluang baharu.

Galeri