Kemahiran membaca merupakan asas kepada seluruh proses pembelajaran dan perkembangan intelek kanak-kanak. Tanpa penguasaan bacaan yang kukuh di awal usia, anak-anak akan berdepan kesukaran untuk memahami subjek lain seperti Bahasa Inggeris, Sains, dan Matematik apabila melangkah ke alam sekolah rendah.


Di Tatapan Minda Education, kami memahami bahawa setiap anak mempunyai kelajuan dan gaya pembelajaran yang berbeza. Melalui Kelas Mahir Membaca, kami membantu anak anda menguasai asas bacaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan tulisan Jawi dengan teknik yang mudah, interaktif, dan menyeronokkan tanpa sebarang tekanan.

Pilihan Subjek Yang Ditawarkan

Mahir Membaca Bahasa Melayu

Kelas bacaan awal Bahasa Melayu 6 peringkat yang memperkenalkan sistem bunyi dan suku kata secara berperingkat dan berulang. Pelajar dibimbing untuk mengenal huruf dan suku kata, perkataan, membina asas membaca dan meningkatkan kelancaran bacaan.

Learn to Read English

Kelas bacaan Bahasa Inggeris 6 peringkat yang memberi fokus kepada pre-reading, phonics dan word recognition. Pelajar didedahkan kepada pelbagai kosa kata serta dibimbing untuk membaca dan memahami perkataan dengan lebih yakin.

Kelas Celik Jawi

Kelas celik Jawi yang membantu pelajar menguasai kemahiran membaca dan menulis secara berperingkat. Pembelajaran merangkumi pengenalan huruf, sambungan huruf, pembentukan perkataan serta latihan membaca dan menulis Jawi.

Little Literacy Programme (LLP)

Pakej pembelajaran lengkap yang menggabungkan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Jawi dan Matematik. Anak-anak datang ke kelas setiap hari seperti sekolah biasa dan belajar dari 3:00 ke 6:00 petang.

Testimoni

Saya rasa Kelas Mahir Membaca ini bagus sebab nampak kesan positif pada anak saya sendiri. Daripada tak percaya diri, sekarang dah boleh baca buku dan boleh faham apa arahan yang cikgu bagi. Yang paling penting, berkat pendekatan Kelas Mahir Membaca yang berkesan,  anak saya lebih cepat faham berbanding dengan bila kita mengajar dia sendiri di rumah…
 
– Puan Raudah