Speech Delay Pada Anak: Maksud, Tanda Awal & Bila Perlu Risau

Anak anda mengalami kelewatan dalam keupayaan bercakap atau bahasa mudahnya speech delay?

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kami di Tatapan Minda memahami perasaan ibu bapa dan berharap perkongsian ini dapat membantu anda memahami apakah itu “speech delay”, punca serta kaedah rawatan yang digalakkan oleh pakar.

Apakah itu Speech Delay?

Speech delay adalah kelewatan dalam perkembangan pertuturan di mana seorang kanak-kanak tidak mencapai tahap komunikasi lisan yang sepatutnya mengikut umur mereka. Situasi ini bermaksud anak mungkin menggunakan perkataan yang terhad, atau menghadapi kesukaran menyebut perkataan dengan jelas. 

Walaupun setiap kanak-kanak berkembang pada kadar berbeza, speech delay boleh menjadi petanda awal kepada isu lain seperti masalah pendengaran, gangguan perkembangan bahasa, atau keadaan seperti autisme. Jadi, penting untuk ibu bapa memahami ciri-ciri atau tanda-tanda awal anak yang mungkin menghidapi speech delay.

Tanda-tanda awal anak yang menghidapi speech delay:

  • Umur 9 bulan masih tiada babbling
  • Umur 18 bulan: lebih suka menggunakan isyarat berbanding bunyi atau perkataan untuk berkomunikasi
  • Umur 18 bulan: masih sukar meniru bunyi
  • Umur 2 tahun: hanya meniru pertuturan atau tindakan orang lain dan tidak menghasilkan perkataan atau frasa secara spontan
  • Umur 2 tahun: hanya menyebut beberapa bunyi atau perkataan secara berulang dan tidak dapat menggunakan bahasa lisan untuk berkomunikasi lebih daripada keperluan segera
  • Umur 2 tahun: tidak dapat mengikut arahan mudah
  • Umur 2 tahun: mempunyai nada suara yang luar biasa (seperti serak atau bunyi hidung)
  • Umur 3 tahun: percakapan anak sukar difahami orang luar.

Melihatkan tanda-tanda awal ini, mesti anda terfikir apakah punca yang menyebabkan anak anda mengalami speech delay.

Punca yang kerap dikaitkan dengan speech delay.

1. Kelewatan Perkembangan atau Kelewatan Kognitif (Cognitif Delay)

Kanak-kanak mempunyai keterbatasan tertentu dalam fungsi mental dan dalam kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, menjaga dirinya, dan kemahiran sosial. Keterbatasan ini menyebabkan kanak-kanak belajar dan berkembang lebih perlahan daripada kanak-kanak biasa, lantas menyumbang kepada speech delay.


👂 2. Masalah Pendengaran

Jika kanak-kanak mempunyai masalah pendengaran, mereka mungkin sukar belajar bercakap atau menyebut perkataan dengan betul. Perkara ini kebiasaannya berpunca dari:

  • Jangkitan telinga berulang (otitis media)
  • Kehilangan pendengaran sejak lahir

🗣️ 3. Gangguan Pertuturan atau Bahasa
  • Gangguan pertuturan – masalah dalam membentuk bunyi (masalah sebutan, gagap).
  • Gangguan bahasa – sukar memahami atau membina ayat (gangguan bahasa reseptif atau ekspresif).
  • Apraxia pertuturan kanak-kanak – gangguan neurologi di mana otak sukar merancang pergerakan untuk bercakap.

🧬 4. Gangguan Saraf (Neurodevelopmental disorder)
  • Autisme (ASD) – kelewatan dalam pertuturan dan komunikasi sering menjadi tanda awal.
  • ADHD – boleh menjejaskan tumpuan dan pemprosesan bahasa kanak-kanak.

🏥 5. Masalah Perubatan atau Fizikal
  • Cerebral palsy – kawalan otot yang lemah memberi kesan kepada otot pertuturan.
  • Sumbing lelangit atau bibir – masalah fizikal yang mengganggu sebutan.
  • Keadaan genetik – seperti sindrom Down atau sindrom Fragile X.

🧑‍👩‍👧 6. Faktor Persekitaran atau Sosial
  • Kurang interaksi – kurang komunikasi atau membaca bersama boleh menyebabkan kelewatan.
  • Pengabaian atau penderaan – trauma emosi atau kurang rangsangan boleh menjejaskan perkembangan bahasa.
  • Persekitaran dwibahasa – mungkin menyebabkan kelewatan sementara kerana kanak-kanak memproses dua bahasa (bukan gangguan, hanya kelewatan).

Tips dan aktiviti yang boleh dilakukan di rumah bersama anak untuk merangsang perkembang pertuturan mereka:

🗣️ 1. Bercakap dengan anak secara kerap seawal usia 1 bulan
  • Gunakan bahasa yang jelas dan mudah dan elakkan untuk pelat.
  • Terangkan apa yang anda sedang lakukan. Contoh: “Mama sedang potong buah, ini epal.” Walaupun kekok, ini dapat membantu mengembangkan pertuturan anak dengan baik.

📚 2. Membaca buku bersama
  • Pilih buku bergambar dan baca setiap hari.
  • Tunjuk gambar sambil sebutkan nama objek: “Ini kucing. Kucing berbunyi meow!”
  • Ulang cerita kegemaran mereka banyak kali.

🎶 3. Menyanyi lagu kanak-kanak
  • Lagu seperti “Rasa Sayang”, “Twinkle Twinkle”, atau lagu ABC membantu pengulangan perkataan.
  • Sertakan gerakan tangan (action songs) untuk lebih menarik.

❓ 4. Bertanya soalan terbuka 
  • Elakkan soalan ‘ya/tidak’ sahaja.
  • Contoh: “Apa yang awak nak makan?” bukan “Nak makan tak?”

🧸 5. Bermain sambil bercakap
  • Gunakan permainan seperti boneka, anak patung, atau kereta mainan.
  • Contoh dialog: “Kereta ni laju! Vroom vroom!”

🖐️ 6. Guna isyarat atau bahasa tubuh
  • Boleh guna bahasa isyarat mudah untuk bantu komunikasi awal, seperti “nak”, “lagi”, atau “habis”.
  • Ini bantu anak belajar maksud dan perkaitan perkataan.

📱 7. Kurangkan skrin
  • Hadkan penggunaan TV, telefon dan tablet—terutama bagi anak bawah 2 tahun.
  • Anak belajar lebih baik dari interaksi manusia berbanding skrin.

👂 8. Dengar dan beri masa untuk anak respon
  • Jangan potong percakapan anak.
  • Walaupun sebutannya tidak betul, tunjukkan contoh yang betul secara lembut.
    Contoh:
    Anak: “Tata air.”
    Ibu: “Ya, itu nak air ya? Jom ibu ambilkan.”

Akhir sekali, penilaian awal dan intervensi dari pakar terapi pertuturan boleh membantu anak mengatasi cabaran ini dan menyokong perkembangan bahasa yang lebih sihat. Kami dari Tatapan Minda turut menyediakan kelas membaca untuk kanak-kanak yang mengalami speech delay. Dapatkan kelas trial percuma sekarang.

Apakah itu Speech Delay?

Speech delay adalah kelewatan dalam perkembangan pertuturan di mana seorang kanak-kanak tidak mencapai tahap komunikasi lisan yang sepatutnya mengikut umur mereka. Situasi ini bermaksud anak mungkin menggunakan perkataan yang terhad, atau menghadapi kesukaran menyebut perkataan dengan jelas. 

Punca anak mengalami speech delay?

Kelewatan kognitif (Cognitif Delay), masalah pendengaran, gangguan saraf serta masalah fizakal, persekitaran dan sosial boleh menyumbang kepada speech delay.

Tips merangsang pertuturan anak?

Bercakap dengan anak secara kerap seawal usia 1 bulan, secara sebutir-sebutir. Selain itu, buat aktiviti bersama anak seperti membaca, menyanyi dan bermain sambil bercakap boleh merangsang pertuturan mereka. Dengar dan beri masa anak untuk respon kepada soalan yang ditanya.

One comment

  1. Saya setuju, sebab kami pon dari lahir memang akan sebut sebutir-sebutir dekat baby. Tak boleh pelat-pelat.

    Lepas tu, elakkan kalau dengan anak, pegang handphone.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *