Doa Awal Muharram
Klik sini untuk terus baca doa akhir tahun atau doa awal Muharram.
Awal muharram merupakan bulan pertama dalam islam dan permulaan Kalendar Hijrah, sempena peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah yang berlaku pada tahun 622 Masihi.
Sejarah Penentuan Awal Muharram Sebagai Permulaan Takwim Islam
Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar R.A, pengaruh Islam telah berkembang luas ke seluruh tanah Arab, termasuk di Basrah, Iraq. Khalifah Umar telah menghantar surat kepada gabenor di Basrah, iaitu Abu Musa al-Ashaari dan ketika Umar menerima jawapan balas dari beliau, antara ungkapan yang disebut adalah ketidakpastian sama ada surat itu dihantar pada bulan Syaaban tahun sebelumnya atau pada tahun berkenaan,
Hal ini mendapat pemerhatian langsung dari Umar kerana ia mendatangkan kesan kepada pentadbiran dan tadbir urus negara. Umar lantas melakukan inovasi untuk membaiki kelompongan in supaya urusan tadbir urus menjadi lebih efektif dan cekap. Hasil perbincangan dengan Sahabat lain, terdapat pelbagai pandangan yang berbeza mengenai bagaimana untuk menentukan permulaan takwin Islam, antaranya cadangan mengambil kira tarikh kelahiran Rasulullah SAW dan detik Baginda diangkat menjadi Rasul. Namun, Umar akhirnya sependapat dengan Saidina Uthman Affan RA dan Saidina Ali Abu Talib RA, iaitu memulakan kalendar Islam berdasarkan detik hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.
Oleh sebab itu, bulan Muharram secara rasmi menjadi bulan pertama dalam Kalendar Hijrah ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab.
Keistimewaan 10 Muharram
10 Muharram adalah satu tarikh yang sangat dimuliakan oleh Rasulullah SAW hingga disunatkan untuk berpuasa, iaitu dipanggil al-Asyura. Menurut mazhab Shafie, kita bahkan disunatkan untuk berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram.
Bulan Muharram juga termasuk dalam 4 Bulan Haram berperang (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, dan Rejab), menandakan kemuliaan yang ada pada bulan tersebut.
Doa Akhir Tahun (Zulhijah)
اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مَا نَهَيْتَنِي عَنْهُ وَلَمْ أَتُبْ مِنْه وَحَلُمْتَ فِيْها عَلَيَّ بِفَضْلِكَ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِي وَدَعَوْتَنِي إِلَى التَّوْبَةِ مِنْ بَعْدِ جَرَاءَتِي عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّي اسْتَغْفَرْتُكَ فَاغْفِرْلِي وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَى وَوَعَدْتَّنِي عَلَيْهِ الثّوَابَ فَأَسْئَلُكَ أَنْ تَتَقَبَّلَ مِنِّي وَلَا تَقْطَعْ رَجَائِ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ
Dalam Rumi: “Allahumma ma ‘amiltu min ‘amalin fi hadzihis sanati ma nahaitani ‘anhu, wa lam atub minhu, wa hamalta fiha ‘alayya bi fadhlika ba’da qudratika ‘ala ‘uqubati, wa da’autani ilat taubati min ba’di jara’ati ‘ala ma’shiyatik. Fa inni astaghfiruka, faghfirlî wa ma ‘amiltu fiha mimma tardha, wa wa’attani ‘alaihits tsawaba, fa’as’aluka an tataqabbala minni wa la taqtha’ raja’i minka ya karim.”
Ertinya: “Ya Tuhanku, aku meminta ampun atas perbuatanku di tahun ini termasuk yang Engkau larang sementara aku belum sempat bertaubat, perbuatanku yang Engkau maklumi karena kemurahanMu sementara Engkau mampu menyiksaku, dan perbuatan (dosa) yang Engkau perintahkan untuk taubat sementara aku menerjangnya yang bererti mendurhakaiMu. Kerananya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku. Ya Tuhanku, aku berharap Engkau menerima perbuatanku yang Engkau redhoi di tahun ini dan perbuatanku yang terjanjikan pahalaMu. Janganlah pupuskan harapanku, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.”

Doa Awal Muharram
اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكَ المُعَوَّلُ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِه، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالاِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ
Dalam Rumi: “Allahumma antal abadiyyul qadîmul awwal. Wa ‘ala fadhlikal ‘azhimi wa karimi judikal mu’awwal. Hadza ‘amun jadidun qad aqbal. As’alukal ‘ishmata fihi minas syaithani wa auliya’ih, wal ‘auna ‘ala hadzihin nafsil ammarati bis su’i, wal isytighala bima yuqarribuni ilaika zulfa, ya dzal jalali wal ikram.”
Ertinya: “Ya Tuhanku, Engkau yang Abadi, Qadim, dan Awal. Atas karuniaMu yang besar dan kemurahanMu yang mulia, Engkau menjadi pintu harapan. Tahun baru ini sudah tiba. Aku berlindung kepadaMu dari pujukan iblis dan para walinya di tahun ini. Aku pun mengharap pertolonganMu dalam mengatasi nafsu yang kerap mendorongku berlaku jahat. KepadaMu, aku memohon bimbingan agar urusan keseharian mendekatkanku pada rahmatMu. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan.

